Pecutan Menjelang UPSR 2011






Tahun ini adalah tahun kedua aku berkhidmat di SK Manjoi Satu. Berada di tempat baru bermakna menimba pengalaman baru... Tahun ini aku diberi kepercayaan untuk mengajar murid2 Tahun 6. Walaupun begitu, ini bukanlah kali pertama aku diberi tanggungjawab sedemikian. Sebelum ini, aku telah berpeluang memikul tanggungjawab yang sama semasa mengajar di SK Kuala Pari. Secara peribadi, aku berbangga kerana 3 orang anak2 muridku berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping... Manakala, yang selebihnya ramai yang dapat melanjutkan pelajaran di SMKA dan KAA di sekolah-sekolah sekitar negeri Perak. Walaupun mereka sudah berada di Tingkatan 5, hubungan kami tetap mesra dan sentiasa berhubung apabila berpeluang. Aku harap kali ini aku berjaya mengulangi kejayaan yang lebih baik daripada itu, sekalipun aku junior di sini... Selamat Berjaya anak-anak muridku!!!

0 comments:

Post a Comment

SHAPES AND OBJECTS. Try this!